RAPAT merapat memanglah penting....jangan salah faham pula....untuk menjadi seorang wanita yang unggul, cantik dan bergaya adalah sangat penting menjaga penampilan diri. Apatahlagi bila sudah beranak pinak. Jangan sekali-kali mengabaikan kesihatan luaran dan dalaman jika tidak mahu cik abang sayang mencari yang lain. Kadang-kala lelaki suka mencari alasan untuk mencari yang lain, walaupun mempunyai isteri yang cantik bagaikan bidadari tetapi jika kita cuma hanya menjaga luaran saja tidak memadai, sebaliknya kesihatan dalaman juga mesti dijaga.
Petua untuk membuang lendir dalam perut, elakkan perut buncit ialah dengan memakan daun kesum, jangan ingat daun kesum untuk masakan saja, tetapi amalkan sebagai ulaman. Haa....kalau nak rapat merapat macam anak dara kenalah rajin pucuk jambu batu, memang susah sekarang nak cari pokok jambu batu, tapi....kalau nak seribu dayakan...? Amhil 7 helai pucuk jambu batu yang belum kembang, rendam dalam air panasdalam lima, enam minit kemudian minum....pastinya rapat macam pucuk daun jambu yang bertaut rapat. Selain dari itu pucuk jambu bagus untuk pusingan hadi terutamanya yang selalu kena senggugut.
Lagi satu pucuk senduduk putih....tentu ramai yang tak tahu rupa pokok senduduk, pokok ni boleh kita lihat di semak samun yang banyak pokok paku-pakis tetapi pokok senduduk tu bunyanya warga unggu, nak cari pokok senduduk warna putih memang susah, kalau boleh cari kat nursery pokok, beli dan tanam sebab khasiatnya untuk buang lemak berlebihan dan menghilangkan keputihan, gatal dan membuang kotoran dalam badan. Pucuk senduduk juga boleh dicampur dengan manjakani, ketumbar dan rempah ratus yang lain. Hah....boleh cuba....nak jaga keterampilan diri untuk menjadi seorang wanita yang unggul.
Pokok Mengkudu sangat bagus untuk orang yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi. Buahnya yang masak di blender dgn sedikit air dan diminum setiap hari, elok utk kesihatan. Pucuk daun mengkudu pula dibuat ulam. Sebenarnya banyak lagi kelebihannya. Selain itu pucuk daun mengkudu dibuat ulam dan juga daunnya dibuat tungku oleh orang dalam pantang untuk membuang angin.
salam ziarah dr UK..
BalasPadamsaya blogwalking :)
wah... bestnya dapat makan ulam-ulaman ni.
tapi sejak saya duduk UK ni.. tak merasa nak makan ulam-ulam ni semua.. rindu :)
pss... saya setuu dengan tajuk entry ini..hehehe
waa...ramainya anak bujang, ni nak jalan sopan2 nih... tompang lalu~~~
BalasPadam