Biasanya yang orang tahu jintan hitam digunakan untuk masakan saja, tetapi tidak banyak yang orang tahu bahawa jintan hitam banyak gunanya terutana untuk memulihkan kesihatan ibu yang lepas bersalin. Khasiat jintan hitam adalah untuk membuang angin dalam badan, caranya dengan direbus dan diminum airnya. Selain dari itu jintan hitam juga dapat menghilang rasa loya, lenguh-lenguh badan dan sakit kepala. Jintan hitam juga boleh menurunkan panas badan ketika demam, serta menyembuhkan luka-luka termasuk bahagian usus.
Jintan hitam juga berkesan melegakan batuk-batuk, batu karang, kencing manis, penawar racun dan bisa, juga menghidar kembung perut dengan menumbuk tiga sudu jintan hitam , campur dengan pasir sungai dan panaskan kemudian bungkus untuk dibuat tungku perut. Untuk mengecut pusat bayi yang baru lahir, jintan hitam ditumbuk 1 sudu kemudian dibungkus dengan kain yang telah dijahit empat segi dan diletakkan di atas pusatnya sebelum dipakaikan barut. Sememangnya jintan hitam banyak khasiatnya cuma kita sahaja yang tidak mengetahui khasiatnya. Selain itu jintan hitam dapat melegakan selsema, melancarkan pernafasan dan juga resdung dengan menumbuk jintan hitam kemudian dibungkus dengan kain, lalu disedut beberapa kali hingga terasa lega, amalkanlah...insyallah dapat menyembuh penyakit yang kita hadapi dengan izin Allah swt.
Sekarang sudah banyak ada jual kapsul jintan hitam ni di kedai-kedai jamu dan harga pun tidaklah mahal tapi Seri Wangi lebih suka beli yang biji dan kemudian blend hingga halus jadi serbuk macam kopi ajer bila dab habis blend, kalau nak tau bau jintan hitam mungkin ada yang tak suka sebab baunya kuat. Bila time nak minum ambil 1 sudu kecil serbuk jintan hitam campur dengan air panas suam barulah minum, apa yang Seri Wangi tau jintan hitam ni tidak boleh ambil dalam kuantiti banyak sebab nanti takut panas badan.
Vịnh Hạ Long là một vịnh nhỏ thuộc phần bờ tây vịnh Bắc Bộ tại khu vực biển Đông Bắc Việt Nam
BalasPadamáo lớp
http://ksvadl.com/khach-san-ha-noi
http://anhngubingo.com/su-kien-bingo
Sư trụ trì