HARI PENEROKA FELDA CIPTA SEJARAH PENGANJURAN PALING BESAR DAN PALING RAMAI PENGUNJUNG - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 18 Julai 2024

HARI PENEROKA FELDA CIPTA SEJARAH PENGANJURAN PALING BESAR DAN PALING RAMAI PENGUNJUNG




Hari Peneroka Felda kali ke 68 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dan telah berjaya menghimpunkan sekitar 500,000 peneroka dan pengunjung.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan acara Hari Peneroka Felda ini.


Hari Peneroka jatuh pada 7 Julai setiap tahun dan ia ditetapkan oleh Tun Abdul Razak yang juga pengasas Felda.Tarikh keramat itu adalah hari penghormatan buat peneroka Felda yang menyumbang kepada pembangunan negara hampir 70 tahun lamanya.


Antara program dan aktiviti yang telah dijalankan adalah Felda berselawat, Semarak Subuh, pameran 317 makanan seluruh rancangan, karnival pendidikan dan kerjaya serta Himpunan Dua Roda membabitkan 50,000 peserta yang memecahkan rekod Malaysia Book Of Records.



Penonton turut disajikan dengan persembahan nyanyian oleh artis anak kelahiran Felda.Konsert yang diadakan pada malam terakhir menampilkan antaranya Mawi, Siti Nordiana, Exist dan jemputan dari negara seberang, Ungu.


Berkonsepkan Segalanya Felda, Felda kini bukan dilihat dari segi perspektif sawit atau getah tetapi kehidupan peneroka yang sudah berkembang yang jumlahnya mencecah sehingga 3 juta orang secara keseluruhannya.Tayangan perlawanan akhir Euro 2024 jadi tarikan. Satu lagi tarikan utama pada kali ini ialah –tayangan perdana skrin besar perlawanan akhir Euro 2024 yang menyaksikan Sepanyol menentang England .



Pelbagai program telah diadakan merentasi 12 kluster atau kelompok daripada pendidikan hinggalah peluang pekerjaan, festival FGV, pertunjukan bakat Feel Da Starz dan gerai makanan.


Sambutan Hari Peneroka Felda yang julung kali diadakan selama tiga hari pada tahun ini serta terbesar pernah diadakan turut mendapat sokongan daripada 12 kementerian, agensi dan rakan strategik yang mengambil bahagian.



Antara 68 program yang diadakan sepanjang Hari Peneroka Felda ini ialah :-

- 1000 Gerai Jualan Keusahawanan & Pameran Kraf & Tekstil

- Karnival Pendidikan & Kerjaya

- Karnival Hospitali dan Hartanah

- Persembahan Tarian Tradisional/Busker

- 317 gerai makanan dari 317 rancangan FELDA 

- Ping Pong Terbuka Hari Peneroka, e-sport & robotic challenge

- Khatam 5 Minit Al-Quran

- Felda Berselawat Bersama Selebriti

- 28 Masterclass Percuma

- Food Festival

- Sajian Warisan 100 tahun Felda

- Pelancaran Umrah Rahmah

- Pelancaran Jualan Agro Madani Hari Peneroka Felda

- Jualan DURIAN (Kendurian) 

- Motorshow EV dan Autoshow Kawasaki

- Pameran Jentera Feltech 2.0

- Pertandingan Memancing

- Cabutan Bertuah Grand Prize

- Kemuncaknya akan diserikan dengan *konsert 'Feel Da Star'* 10 anak felda bakal merentap dalam pertandingan bakat nyanyian. 

- Persembahan Exist dan Kumpulan Ungu

- Menonton final euro di screen besar serta jualan makanan food truck akan beroperasi sehingga pagi!















Antara artis-artis yang terlibat antaranya Ryan Bakery, Siti Nor Diana, Exist, Ungu Band, Dr Sheikh Muszafar, Kak Lina Pom Pom, Boss Susu, Datuk Ramli Sarip, Mawi, Nash, Aizat Amdan, Black Hanifah, Marsha Milan Londoh dan Inteam dan ramai lagi!








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment